Anda pasti pernah dengar ESP Shaklee. Terdapat banyak testimoni dan maklum balas yang baik mengenai ESP Shaklee. Namun tahukah anda apakah ESP, apakah kandungannya dan bagaimana ia membantu anda dapatkan kehidupan yang lebih sihat dan baik?
Bagi yang masih berfikir untuk mencuba ESP, disini saya kongsikan pengalaman saya sendiri bersama ESP dan bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan suplemen ini.
» Jatuh cinta dengan ESP
Sememangnya saya sendiri tak pernah tinggalkan ESP sepanjang saya hamil dan menyusu. ESP ni juga saya gunakan dalam servis spa dan pakej berpantang yang saya jalankan, dan kebanyakan pelanggan saya memang berpuas hati dengan ESP. Jom kita kenal dulu apa itu ESP.
SEJARAH ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
Shaklee telah menghasilkan minuman yang bersumberkan protien soya sejak 1961 lagi dan yang pertama di dunia. Kajian dan penambahbaikan ke atas ESP dibuat dari semasa ke semasa. Lama kan?
Dan untuk pengetahuan anda, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1960-an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protien soya merupakan sebuah blok binaan utama dalam tubuh badan manusia bagi menjamin kesihatan dalam jangka panjang.
Kita sendiri dah belajar masa sekolah dulu, protien sangat penting bagi pembentukan sel dan otot yang baik. Protien ibarat bata untuk membina rumah. Kalau bata tersebut baik, rapat, padat,maka rumah tersebut akan bertahan lebih lama. Tapi bagaimana jika bata tersebut tidak padat dan berongga?
APA BEZA PROTIEN HAIWAN DAN PROTIEN TUMBUHAN?
Kajian dari Biokimiawan USA Thomas Osborne Lafayete Mendel, Profesor untuk biokimia di Yale, 1914, membuat ujikaji dengan menggunakan protein dari daging dan tumbuhan kepada pelanduk.
Satu kumpulan pelanduk tersebut diberikan makanan protein haiwan, sedangkan kumpulan yang lain diberikan protein tumbuhan. Daripada eksperimen ini, didapati bahawa pelanduk yang memperoleh protein haiwan lebih cepat bertambah beratnya berbanding pelanduk yang memperoleh protein tumbuhan.
Kemudian kajian selanjutnya oleh McCay dari Universitas Berkeley menunjukkan bahawa pelanduk yang memperoleh protein tumbuhan, lebih sihat dan hidup dua kali lebih lama. Kajian membuktikan protein tumbuhan tu lebih baik daripada protein haiwan. Ia lebih selamat dan lebih menyihatkan.
PENTING KE PROTEIN NI?
Protein sangat penting untuk tubuh badan manusia. Protein merupakan bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu badan. Protein juga ialah komponen utama kepada hormon manusia. Protein juga merangsang fungsi psikologi.
Kekurangan protein akan mengakibatkan
❎ Lemah sistem imun badan
❎ Lebihan air yang tinggi dalam badan (punca gemuk air)
❎ Hilang kepejalan otot
❎ Perubahan warna rambut (dua warna)
❎ Pertumbuhan terbantut
❎ Masalah penghadaman
❎ Masalah hormon
❎ Kegagalan fungsi organ (jika tak terkawal)
Jika anda mengalami salah satu atau lebih daripada satu gejala di atas, anda mungkin mengalami kekurangan protein. Anda boleh rujuk artikel mengenai 17 risiko yang anda mungkin alami jika anda kekurangan protein.
Jika anda masih bimbang untuk mengambil protein daripada unsur soya, anda boleh baca cara mengenalpasti protein soya yang baik. Di sini juga saya lampirkan sedikit testimoni pelanggan untuk anda rujuk.
ESP untuk kulit gebu |
ESP untuk tenaga |
ESP untuk tambah susu badan |
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda. Anda boleh dapatkan ESP Shaklee dengan menghubungi saya terus, atau boleh tekan link di bawah.
Hubungi :
Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822
Pemilik dan Pengusaha Meera Confinement Care
FB : Shasratul Ameerah
No comments:
Post a Comment