Menjelang raya, ramai
yang ingin tampil cantik dan segak tanpa lebihan lemak yang banyak di tubuh.
Banyak cara yang dikongsi di media sosial. Anda boleh ikut dan buat mana-mana
cara yang anda suka.
Saya sendiri juga
telah mencuba pelbagai jenis cara. Ada cara santai dan agak mengambil masa. Ada
cara cepat tapi akan membuatkan anda lebih stress dan bosan. Ada juga cara
santai yang membantu anda kurus dengan cepat dan anda juga gembira.
Apa sahaja cara yang
anda ingin cuba, jangan pernah abaikan kunci utama penurunan berat
badan. Jika anda gagal menjaga kunci-kunci utama ini, percayalah bahawa
proses penurunan berat badan anda juga akan menjadi sukar. Kunci-kunci ini akan
membantu anda kurus dengan cepat.
2 KUNCI UTAMA KURUS DENGAN CEPAT
Terdapat 2 kunci
utama untuk kurus dengan cepat. Kunci ini jangan sekali-kali anda
abaikan.
1. Kalori defisit
Kalori defisit ni
telah banyak dikongsi oleh pakar-pakar pemakanan dan senaman. Namun, masih
ramai yang kurang memahami bagaimana ingin melakukan kalori defisit ini.
Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah keperluan kalori seharian anda.
Keperluan kalori seharian ini adalah berbeza untuk setiap individu.
Disini saya lampirkan
cara pengiraan kalori harian anda (DCR). Penting untuk anda tahu berapa
keperluan DCR anda supaya anda sentiasa ingat bahawa inilah limit kalori yang
anda boleh ambil sehari.
Namun, kalori yang
anda ambil haruslah tidak kurang daripada nilai keperluan asas (BMR) anda
kerana nilai BMR ini adalah keperluan tenaga yang badan anda perlukan untuk
menghasilkan tenaga sehari. Jika anda makan terlalu sedikit, tenaga yang
dihasilkan kurang dan metabolisme akan menurun. Ini akan menyukarkan perjalanan
kurus anda.
Oleh itu, untuk pengurangan badan yang cepat dan sihat, kadar kalori seharian yang anda perlu ambil adalah lebih daripada nilai keperluan asas (BMR) dan kurang daripada nilai keperluan kalori seharian anda (DCR)
2. Sentiasa aktif dan bergerak
Senaman adalah yang
terbaik jika anda boleh lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Namun jika
anda adalah seorang yang sangat sibuk, anda Cuma perlu pastikan anda sentiasa
bergerak aktif.
Jika anda bekerja,
usahakan untuk banyakkan pergerakan dalam pekerjaan anda. Jika anda kerja di
ofis dan kebanyakan masa anda perlu duduk, sesekali bangunlah dan regangkan
badan. Cuba parking kereta di Kawasan yang sedikit jauh dengan ofis supaya anda
mempunyai peluang untuk berjalan.
Jika anda seorang
surirumah, gerakkan badan anda untuk lakukan kerja rumah dengan lebih laju.
Lebih laju anda bergerak, lebih banyak kalori yang terbakar.
Walau siapa pun anda
dan apa jua pekerjaan anda, sentiasa usahakan untuk bergerak aktif. Bayangkan,
anda mandi pun, ada kalori terbakar. Apatah lagi bila anda solat, berjalan,
basuh pinggan, mengemas rumah. Pasti lebih banyak kalori terbakar.
5 TIPS KURUS DENGAN CEPAT
Apabila 2 kunci utama ni sudah dijaga, maka usaha anda untuk kurus dengan cepat akan jadi lebih mudah. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk pengambilan makanan seharian anda.
1) Tambahkan protein dalam diet anda.
2) Kurangkan pengambilan gula dalam makanan.
Gula merupakan salah satu penyebab kepada penyakit-penyakit berbahaya. Mengurangkan pengambilan gula atau mengganti pemanis kepada pemanis semulajadi seperti stevia atau pemanis tebu Sweetlab sangat membantu dalam proses kurus dengan cepat ini.
3) Minum teh atau kopi tanpa pemanis dan gula.
Teh dan kopi tanpa pemanis atau gula mempunyai 0 kalori. Ia juga mampu meningkatkan metabolisme badan.
4) Praktiskan makan dengan sepenuh perhatian. (Mindful eating)
Apabila kita belajar menikmati makanan yang kita makan, kita akan lebih cepat kenyang. Oleh itu, makan sedikit pun sudah mampu membuatkan kita rasa lebih cepat kenyang.
5) Minum segelas air kosong 30 minit sebelum makan.
Praktis ini akan membuatkan badan anda makan hanya secukunya dan mengurangkan rasa mengidam terutama makanan yang manis. Ia sangat membantu dalam proses kurus dengan cepat.
SET KURUS SHAKLEE SEBAGAI PENGGALAK
Untuk memudahkan perjalanan anda untuk kurus dengan cepat, set kurus
dengan cepat Shaklee sangat membantu. Set ini lengkap dengan suplemen tinggi
protein, teh yang meningkatkan metabolisme, detoks, membina otot dan memberi tenaga
sepanjang hari.
Saya harap artikel ini membantu anda untuk kurus dengan cepat dan sihat.
Jika anda berminat untuk mendapat konsultasi mengenai set kurus Shaklee, anda
boleh tekan link ke whatsapp yang telah saya sediakan di bawah.
Jika anda ingin membuat pembelian terus dari website atau mendaftar sebagai
ahli, anda boleh klik butang dibawah.
Saya doakan kita semua berjaya dalam perjalanan anda untuk kurus dengan
cepat dan sihat.
Puan Shasratul
Ameerah
Shaklee Independent
Distributor : ID 1858822
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care
Contact : 0102888494
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Wah Best set ni. Terima kasih info sahabat
ReplyDelete