Zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu. Semakin hari, nilai mata wang semakin naik. Harga barang juga semakin meningkat.
Saya yakin, ramai yang setuju jika saya katakan, RM3000 pada zaman ni mengalir macam air. Cukup-cukup makan bagi mereka yang berumahtangga. Agak sesak bagi mereka yang mempunyai seorang anak. Apatah lagi keluarga besar.
Oleh sebab itu, ramai yang mula mencari wang sampingan untuk menyara kehidupan keluarga. Tak kurang juga surirumah yang mencari peluang bisnes terutamanya bisnes online untuk menggenggam wang sendiri. Wang simpanan sendiri sangat penting kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Ada banyak peluang bisnes yang anda boleh ceburi. Yang terbaik, kena lah cari bisnes yang boleh bertahan lama, mempunyai jaminan dan bertujuan untuk membantu orang ramai.
Salah satunya adalah bisnes online Shaklee. Saya sendiri dah lebih 10 tahun menjadi pengguna setia Shaklee. Alhamdulillah dah banyak manfaat yang saya dapat sepanjang bersama Shaklee.
6 KELEBIHAN BISNES SHAKLEE YANG ANDA PERLU TAHU!
1. Masa fleksibel
Anda boleh mulakan bisnes Shaklee di mana sahaja. Sama ada dari rumah atau dari tempat kerja, online atau offline. Bergantung kepada kesesuaian masa anda.
Saya pasti, ramai orang bekerja yang berfikir mengenai kekangan masa untuk berbisnes. Malah ada juga surirumah yang mempunyai masalah untuk menguruskan masa berbisnes, rumah serta anak.
Jangan bimbang. Bisnes Shaklee sangat fleksibel. Tambahan pula, kumpulan kami menyediakan sistem bisnes online yang lebih mudah, efektif dan berkesan kepada semua ahli.
Saya pasti, ramai orang bekerja yang berfikir mengenai kekangan masa untuk berbisnes. Malah ada juga surirumah yang mempunyai masalah untuk menguruskan masa berbisnes, rumah serta anak.
Jangan bimbang. Bisnes Shaklee sangat fleksibel. Tambahan pula, kumpulan kami menyediakan sistem bisnes online yang lebih mudah, efektif dan berkesan kepada semua ahli.
2. Syarikat yang stabil dan dikenali
Siapa tak kenal Shaklee? Setiap kali ada yang sebut Shaklee, kebanyakan orang pasti pernah dengar walaupun sekali. Bezanya cuma sama ada mereka mengambil suplemen ini atau tak.
Untuk pengetahuan semua, Shaklee ditubuhkan sejak 1956 dan ia kekal bertahan sehingga sekarang. Agak sukar untuk melihat sesuatu syarikat bertahan lama dalam keadaan kegawatan ekonomi global sebegini.
Namun syarikat Shaklee tetap teguh dan tak pernah gagal untuk masukkan bonus kepada kami, para pengedar Shaklee secara konsisten setiap bulan.
3. Produk berkualiti
Tanpa diragui, setiap produk yang Shaklee keluarkan telah menjalani lebih daripada 100,000 ujian klinikal. Shaklee sentiasa pastikan kualiti produk dijaga agar ia terus selamat, berkesan dan terbukti.
Banyak kandungan produk Shaklee yang telah dipaten agar tidak ditiru oleh mana-mana pihak terutamanya pengeluar suplemen.
Shaklee juga komited dalam memastikan setiap produk bebas daripada bahan kimia berbahaya yang mungkin mengancam kesihatan manusia dalam jangka masa pendek atau panjang.
Ini merupakan salah satu hasil daripada Landmark Study yang dilakukan terhadap produk Shaklee. Ia menunjukkan keputusan yang sangat baik bagi pengamal suplemen Shaklee berbanding mereka yang tidak memakan suplemen dan mereka yang mengambil satu jenis suplemen sahaja.
4. Bisnes yang bertahan lama
Penting untuk pastikan bisnes yang kita ingin ceburi adalah bisnes yang bertahan lama. Shaklee adalah satu bisnes jangka masa panjang dan ia boleh diwarisi kepada anak cucu cicit kita nanti.
5. Bonus & cash
Bisnes online Shaklee menyediakan pelbagai penjuru dan peluang untuk anda dapatkan bonus dan cash. Secara amnya, pendapatan Shaklee boleh dibahagikan kepada 3C iaitu cash, car & convention. InsyaAllah saya akan ulas apakah 3C ini dalam post yang lain.
Namun jika kita pecahkan kepada skop yang lebih kecil, ada lebih kurang 11 penjuru kita boleh dapatkan bonus daripada Shaklee ni. Menarik bukan? Untuk mengetahui caranya, anda boleh terus hubungi saya. Kami akan bantu anda sehingga anda berjaya capai apa yang anda impikan.
6. Bimbingan pakar nutrisi
Shaklee tak pernah gagal menyediakan kelas nutrisi untuk semua orang pada setiap bulan. Bukan sahaja ahli Shaklee, malah orang awam juga dijemput hadir ke kelas untuk menuntut ilmu nutrisi.
Begitu juga dengan seminar dan bengkel. Ahli-ahli nutrisi yang bekerja dengan Shaklee sentiasa membantu setiap permasalahan yang ada.
Ini adalah contoh kelas nutrisi yang kami sertai sebelum PKP dahulu. Sekarang semuanya lebih mudah. Kebanyakan kelas kita adakan terus diatas talian, jadi mudah untuk kita join walau dimana sahaja kita berada.
KESIMPULAN
Ini cuma sebahagian daripada kelebihan bisnes Shaklee yang saya sempat kongsikan dengan anda sekarang. InsyaAllah ada masa lain kali saya akan kongsikan lebih banyak kelebihan bisnes online Shaklee.
Yang pastinya, menjalankan bisnes Shaklee dengan TEAM YANG TEPAT membantu anda berkembang dalam bisnes online dengan sangat baik. InsyaAllah.
Ingin bersama team saya untuk terus maju dalam bisnes Shaklee? Untuk mengetahui berkenaan bisnes Shaklee, boleh Whatsapp saya atau boleh terus buat pembelian dan dapatkan diskaun sehingga 30% apabila anda mendaftar sebagai ahli.
Puan Shasratul Ameerah
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care
Contact : 0102888494
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Berbaloi juga buat bisnes dengan shaklee
ReplyDelete