Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga hari ni sentiasa ceria dan sihat selalu, insyaAllah. Sukacitanya saya nak kongsikan info yang saya dapat ni dengan kawan-kawan. Semoga bermanfaat :)
----------------------------------
APA TU VITAMIN C?
----------------------------------
Vitamin C ni adalah sejenis vitamin yang larut air dan ia sangat penting untuk tumbesaran yang
baik dan sihat. Badan kita tidak dapat hasilkan vitamin C dengan sendirinya, dan ia juga tidak
dapat disimpan dalam badan. Memandangkan vitamin C ni larut air, lebihan vitamin C yang
tidak diserap oleh badan akan dibuang keluar dari badan melalui urin (air kencing).
Jadi, ini bermakna, kita kena ambil vitamin C ni secara berterusan, barulah keperluan vitamin C
dalam badan sentiasa cukup. Sangat penting untuk kita masukkan vitamin C dalam diet
seharian kita. Dos yang dinasihatkan adalah tidak lebih daripada 2000 mg sehari.
----------------------------------------------------------------
KELEBIHAN DAN FUNGSI VITAMIN C
----------------------------------------------------------------
Vitamin C ni mempunyai pelbagai fungsi berbeza untuk kebanyakan bahagian dalam badan.
Pelbagai kajian telah dilakukan untuk membuktikan kesahihannya dan kebanyakan kajian
menunjukkan kesan yang positif. Antara kelebihan dan fungsi utama Vitamin C ialah :
1. Penting untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu pada semua bahagian badan kita.
Vitamin C akan hasilkan protein yang penting untuk menghasilkan kulit, tendon,
ligamen dan salur darah. Ia juga akan membaiki dan menjaga tulang rawan kita, tulang
mahupun gigi. Luka juga akan lebih cepat sembuh.
Gambar ligamen, tendon, tulang rawan dan tulang dalam badan manusia.
2. Sejenis antioksida.
Antioksida ni adalah nutrien yang akan menghalang kerosakan-kerosakan yang
dilakukan oleh radikal bebas.
Radikal bebas ni bahaya tau. Ia terhasil bila mana badan kita pecah-pecahkan makanan
(yang mana ia sentiasa berlaku!) atau bila kita terdedah dengan asap rokok atau radiasi.
Ini pun sentiasa berlaku. Jadi secara logiknya, banyak sangat radikal bebas yang ada
dalam badan kita sekarang. Lama-kelamaan ia akan menyebabkan proses penuaan tu
berlaku dengan cepat. Lebih teruk, ia mungkin akan menyebabkan kanser, penyakit
berkaitan hati dan arthritis!
Arthritis. Kita selalu lihat ni pada mereka yang dah berusia.
Jadi penting kan antioksidan ni! Jangan ambil mudah dengan radikal bebas. Ia
sebenarnya pembunuh senyap.
3. Ubat popular untuk mengubati demam.
Mengikut kajian, mereka yang mengamalkan suplemen vitamin C atau sentiasa makan
makanan yang tinggi vitamin C tidak dapat menghalang demam. Itu lumrah. Namun,
pengambilan vitamin C berterusan mampu memendekkan jangka masa demam tu
sehingga 1.5 hari. Well, prevention is better than cure, right?
4. Membantu pembentukan kolagen
Vitamin C sangat diperlukan dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah sejenis
protein yang memainkan peranan penting dalam pembinaan struktur badan kita.
Kolagen ni ibarat rangka kepada kulit dan tulang kita. Bayangkan jika ia tiada, ia mungkin
menyebabkan badan kita jatuh ke Bumi.
Tahukah anda, apabila kita menjejak umur 25 tahun, kolagen dalam badan kita akan
mula berkurang? Jadi ini bermakna beberapa bahagian badan kita dah mula longgar.
Untuk mengatasi masalah ini, sebaiknya kita mula amalkan vitamin C dan kolagen. Atau
anda mungkin kehilangan gigi kekal seawal umur 40 tahun!
5. Melicinkan kulit dan memastikan kulit bebas jerawat dan jeragat.
Apabila kolagen bertambah, automatik kulit pun akan bertambah tegang dan licin,
betul? Jika kita lihat artis Korea dan Thailand sekalipun, mereka sanggup menghabiskan
wang ribuan ringgit hanya untuk mengambil satu suntikan Vitamin C. Sakit semua tolak
tepi demi nak cantik.
vi. Kesihatan otak
Vitamin C adalah perlu untuk menghasilkan sesetengah neurotransmitter.
Neurotransmitter ni adalah signal yang akan bawa fikiran, perasaan, dan arahan antara
otak dan sistem saraf.
-----------------------------------------------------------
KESAN KEKURANGAN VITAMIN C
-----------------------------------------------------------
Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah :
1. Anemia
Perbezaan jumlah sel darah merah dalam badan orang normal dan pesakit anemia. |
Anemia adalah kurangnya darah merah dalam badan. Kurang darah merah ni bahaya.
Secara saintifiknya dalam sel darah merah ada hemoglobin. Hemoglobin bertugas untuk
mengangkut oksigen ke seluruh badan. Andai sel darah merah kurang, maksudnya
oksigen kurang diangkut ke sel-sel badan. Ini bermaksud anda dalam keadaan bahaya!
Simptom anemia yang biasa dilihat
2. Skurvi
Skurvi ni sejenis penyakit pada gigi yang menyebabkan gigi mudah goyang, mudah
berdarah dan terkena ulser, gusinya lembut dan sebarang luka juga akan lambat
sembuh. Skurvi ni kebanyakannya berlaku pada orang dewasa atau warga tua yang
kurang nutrisi lebih-lebih lagi vitamin C. Namun, ada juga kes yang berlaku kepada bayi.
3. Lain-lain simptom kekurangan vitamin C.
--------------------------------------------------------------
SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C?
--------------------------------------------------------------
Semua orang, tak kira lelaki atau perempuan, tanpa mengira batas umur, memerlukan vitamin
C. Namun, keperluan untuk mengambil vitamin C ni akan bertambah apabila anda :
1. Seorang perokok atau berada di sekeliling perokok.
Vitamin C akan musnah bila anda merokok. Jadi vitamin yang sepatutnya diserap oleh
badan hilang begitu saja. Untuk mengganti kembali vitamin yang hilang ditambah lagi
nak membaiki tisu-tisu yang rosak, perokok disarankan mengambil tambahan 35mg
vitamin C setiap hari berbanding biasa.
Bayangkan bila anda merokok, atau anda mungkin sebumbung dengan perokok,
semakin banyak asap rokok disedut, semakin banyak sel-sel tisu anda yang rosak.
Tambah pula, pengambilan vitamin C melalui pemakanan seharian tak cukup, malah
musnah disebabkan asap rokok. Sebab tu anda semakin lemah, tak bermaya, mudah
sakit. Lebih teruk, ia akan menyebabkan pertumbuhan kanser dengan cepat!
2. Pesakit kencing manis
Vitamin C diperlukan untuk mempercepatkan penyembuhan luka, di samping menjaga
salur darah agar tidak mudah pecah. Vitamin C juga dapat mencegah darah daripada
menjadi keras / beku bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.
3. Ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu yang baru lepas bersalin .
Ibu mengandung perlukan vitamin C ni kerana vitamin C akan membantu penghasilan
kolagen yang mana penting untuk pembentukan salur darah bayi. Vitamin C juga akan
membantu ibu-ibu menyerap zat besi dengan baik. Zat besi ni sangat penting untuk
perkembangan mental bayi.
Bagi ibu menyusu pula, vitamin C yang diambil oleh ibu secara tidak langsung akan
dikongsikan dengan bayi. Jadi bayi anda juga akan turut sama mendapat khasiatnya,
Ibu yang baru lepas bersalin mungkin mempunyai luka apatah lagi ibu-ibu yang
menjalani ceaserean. Vitamin C akan membantu penyembuhan luka dengan lebih
cepat. Tambah lagi, ia akan membantu pembentukan sel-sel tisu baru dalam badan si
ibu.
4. Mereka yang sering stress
Vitamin C akan termusnah apabila kita berada dalam keadaan stress. Lebih-lebih lagi
wanita bekerjaya. Mana tidaknya, kerja yang ada masih belum selesai, dah ditugaskan
untuk buat kerja baru. Itu di pejabat. Masalah di rumah lagi. Semua ni menjadi punca
seseorang itu stress.
5.Individu yang dalam proses penyembuhan.
Vitamin C membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan pembentukan sel-sel
tisu baru.
6. Mereka yang mudah demam dan selesema.
7. Pesakit yang berkaitan dengan jantung, kolesterol tinggi, darah tinggi dan strok .
8. Mereka yang inginkan kulit cantik, gebu dan mulus.
9. Mereka yang nak kurus!
--------------------------------------------------------------------------------------
PERBEZAAN SR VITA C DENGAN VITAMIN C LAIN?
--------------------------------------------------------------------------------------
Seperti yang kita semua sedia maklum, banyak sangat produk Vitamin C yang ada kat pasaran
sekarang. Ada yang makan, ada yang suntik, ada yang sapu, ada juga serum. Namun, dalam
banyak-banyak produk ni, manakah yang terbaik?
Pilihan saya semestinya Vitamin C Sustained Release Shaklee. Kenapa?
1. Mempunyai formula ‘Sustained Release’ iaitu pelepasan secara berperingkat.
Jumlah vitamin C dalam badan kita akan semakin berkurang setiap kali kita melakukan
aktiviti. Kajian klinikal menunjukkan 2 tablet Vitamin C SR (dalam sela masa 5 jam)
mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Ini bermaksud, dengan hanya 2
tablet Vitamin C SR sehari mampu membekalkan tenaga secara berperingkat selama 24
jam sehari.
2. 1 tablet = 7 ½ biji oren termasuk kulit
Bayangkan 1 tablet Vitamin C SR bersamaan 7 ½ biji oren! Kita sendiri tak mampu nak
makan oren 7 ½ biji setiap hari kan? Apatah lagi termasuk kulit. Tahukah anda kulit
oren ni banyak khasiatnya?
3. Mengandungi 120mg bioflavanoid
Bioflavanoid ni adalah sejenis kelompok pigmen yang larut dalam air. Ianya tidak dapat
dihasilkan oleh tubuh dan perlu diambil daripada makanan. Dalam kes Vitamin C SR ni,
25% bioflavanoid diambil daripada kulit oren tu sendiri.
Bioflavanoid akan bantu meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam badan,.
melegakan inflamasi, menghalang jangkitan kuman dan radikal bebas
4. Yang paling penting, ianya SEMULAJADI!
Penting ke semulajadi ni? Ye! Sangat penting! Tengok gambar sel Vitamin C semulajadi
tu, Yang gelap-gelap sikit tu adalah enzim.
Ingat tak dulu masa belajar Biologi Tingkatan 4? Masa kita belajar pasal enzim. Enzim ni
penting untuk proses kimia dalam badan terjadi. Jadi kalau ikut logik akal, penting tak
enzim ni? Ye, sangat penting.
Tengok sel-sel lain, enzimnya dah hilang mungkin semasa proses pembuatannya. Jom
kita tengok sel Vitamin C Shaklee pula.
Bandingkan sel vitamin C Shaklee dengan vitamin C semulajadi. Apa yang anda nampak?
Ye! Ia sama! Struktur vitamin C Shaklee menyerupai vitamin C semulajadi sebanyak 99%.
Vitamin C SR dibuat dengan menggunakan haba yang rendah untuk mengekalkan enzim
yang ada dalam vitamin C tu. Berbanding dengan vitamin C lain yang dah diproses,
enzimnya dah hilang, jadi macam mana ia nak berkesan, betul kan?
Alhamdulillah selesai sesi perkongsian maklumat untuk kali ni. Diharap artikel ni membantu
kawan-kawan dalam proses mengenal vitamin Shaklee dengan lebih baik. Jazakallahu khairan
kathira.
Untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee atau produk Shaklee yang lain, anda boleh tekan link yang saya sediakan di bawah.
Lots of love,
Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822
Pemilik dan Pengusaha Meera Confinement Care
FB : Shasratul Ameerah
No comments:
Post a Comment